~Jodohku~
bismillahhirrahmanirrahim
assalamualaikum..,
Apa khabarmu hari ini wahai jodohku.? Semoga dirimu baik-baik saja. Semoga dirimu lebih meletakkan Allah dan rasul di hatimu juga ibu bapamu sebelumku.
wahai jodohku...,
Ku tidak tahu dimana dirimu berada kini,tapi kudapat rasakan setiap doa yang engkau titipkan buatku dlam istikharahmu. Setiap rindu yang kau titipkan pada Allah untukku.
wahai jodohku...,
Andainya saat ini engkau sedang terluka dan kecewa.., ingatlah Allah sentiasa disisimu. Bangkitlah kembali menyulam hatimu ynag retak berkecai. Kuatkan dirimu dengan ibadahmu kpd Allah. Jangan sesekali engkau merasakan kehilangan kerana Allah telah mencipakan diriku untukmu.
wahai jodohku...,
Walaupun kita tak pernah bersua, tak pernah berbicara bahkan tidak pernah tahu dimana diri masing-masing berada, tapi yakinlah satu saat nanti Allah akan pertemukan kita dalam suatu detik ynag terindah. Yakinlah Allah akan menyemai cinta kita melalui kasih saynagNYA pada kita.
wahai jodohku..,
Andainya saat ini cintamu tidak diterima oleh gadis idamanmu,bersabarlah.., kerana aku sedang menyiapkan diriku untuk menjadi zaujah yang terbaik buatmu. Aku akan sentiasa mencintaimu dan menantikan dirimu. Janganlah engkau tenggelam dengan perasaanmu kerana ada aku disini menantikan dirimu.
wahai jodohku..,
Sungguhku katakan aku sangat rindu pada dirimu saat ini. Aku tidak kuat untuk melawan permainan hatiku yang sering bersangka-sangka. Hanya isthikarah menjadi landasan untuk ku berinteraksi bersamamu. Semoga engkau mendengar setiap bait kata rindu dan sayang yang ku bisikkan pd Allah. Semoga engkau juga begitu. Semoga kita bertemu dalam istikharah cinta kita.
wahai jodohku..,
Jangan engkau lupa untuk mempersiapkan dirimu mendidik ku menjadi wanita syurga kelak. Kerana diriku masih banyak kekurangan sesungguhnya aku hanya wanita lemah yang perlukan bimbinganmu untuk aku lebih kuat mencintai Allah. Kuharap engkau dapat menerima segala kekuranganku.Aku hanya wanita biasa yang sedang berusaha untuk menjadi wanita solehah. Aku perlukan dirimu untuk mengelakkan ku dari fitnah dunia.
wahai jodohku...,
Tak kira dimana pun dirimu berada kini, semoga kita cepat dipertemukan.Semoga segala urusan kita dipermudahkan. Jangan engkau kecewa andainya saatnya belum tiba kini.., Bersabarlah dan teruskan munajatmu kepada Allah. Jangan engkau berputus asa dengan nikmat dan rahmat Allah. Teruslah berjalan di jalanNYA.Teruslah mencintaiNYA. Kerana aku akan tetap menanti dirimu disini dengan penuh kesabaran dan doa untukmu. Janganlah engkau lupakan aku dlm setiap doamu. Kerana aku sentiasa menantikan doa darimu.
wahai jodohku...,
Akhir kata.., aku sangat merindui dirimu.semoga saat kite dipertemukan semakin hampir dan dipermudahkan. Kutitipkan doa juga rasa rinduku pada Allah.., dengan harapan Allah akan titipkan rindu dan cinta ini buatmu.., Jangan merasa sepi wahai jodohku..., ada Allah disisimu.. Juga ada aku yang mencintaimu. Segeralah engkau mempersiapkan dirimu dan mencariku di dunia yang nyata.

Tidak ada komentar:
Posting Komentar